Bagaimana saya boleh membuka satu kedudukan?

Untuk membuka satu kedudukan, sila ke skrin "Dagangan" di dalam platform Plus500, pilih instrumen yang anda ingin berdagang, klik Beli/Jual , dan skrin kedudukan dalam bentuk satu kotak pop-up akan terbuka. Di dalam skrin kedudukan, anda boleh melihat kadar (harga), memilih jumlah saham/kontrak/dll. (saiz perdagangan), melihat nilai kedudukan dan margin yang diperlukan untuk membuka perdagangan, berserta menetap Pesanan Henti untuk membantu mengurus risiko anda. Sila ingat bahawa sebelum anda mengklik butang Beli/Jual dalam skrin kedudukan, kadar (harga) tersebut akan sentiasa dikemas kini mengikut pergerakan pasaran.

Untuk mengetahui keperluan margin dan Pesanan Henti, sila rujuk kepada: “Apa itu keperluan Margin?” dan “Apa jenis Pesanan Henti yang anda tawarkan?".

Contoh Perdagangan:

Anda mempunyai $5000 di dalam akaun anda.
Baki (Deposit - Pengeluaran + P&L kedudukan tertutup): $5000
P&L (Jumlah keuntungan dan kerugian bagi semua kedudukan terbuka termasuk pendanaan semalaman harian): $0
Baki Tersedia (Baki + P&L kedudukan terbuka - Margin Permulaan): $5000.
Ekuiti (Baki + P&L kedudukan terbuka): $5000.

Anda berasa saham Alphabet akan naik dalam masa terdekat, dan mengambil keputusan untuk membuka satu kedudukan Beli.
Harga beli: $750.
Amaun saham (CFD): 20
Jumlah nilai: 20*$750= $15000.

Margin Permulaan (amaun yang diperlukan untuk membuka kedudukan tersebut): 20% daripada 15,000 → $3000.
Margin Selenggara (amaun yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan tersebut): 10% of 15,000 → $1500.

Baki tersedia setelah membuka perdagangan/kedudukan ini: ($5000 - $3000) → $2000.

Kadar beli Alphabet meningkat ke $760 dan anda mengambil keputusan untuk menutup kedudukan anda.
P&L: 20* ($760 - $750) = $200
Baki: ($5000 + $200) = $5200
Baki Tersedia: $5200
Ekuiti: $5200

Maka, kedudukan ini ditutup dengan keuntungan $200.

Tidak dapat menemui jawapan kepada soalan anda? Hubungi Kami!
E-mel

Sentiasa ingat bahawa CFDs adalah produk berleveraj dan boleh menyebabkan kerugian kepada keseluruhan modal anda. Perdagangan CFD mungkin tidak sesuai bagi sesetengah pelabur. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko-risiko yang terlibat. Iklan ini masih belum disemak oleh Penguasa Kewangan Singapura.