Adakah anda menawarkan perkhidmatan Peralihan (Rollover)?

Kebanyakan instrumen yang ditawarkan oleh kami, yang berdasarkan suatu kontrak niaga hadapan, mempunyai suatu tarikh peralihan(rollover). Anda boleh mencapai maklumat ini dengan mengklik pautan "Butiran" di sebelah setiap instrument dalam skrin utama platform perdagangan.
Apabila satu kontrak niaga hadapan tiba pada tarikh peralihan(rollover) automatik yang ditakrifkan bagi instrumen tersebut, semua kedudukan terbuka dan pesanan akan dialihkan secara automatik ke kontrak niaga hadapan seterusnya oleh Plus500, secara percuma.
Bagi membatalkan kesan terhadap penilaian kedudukan terbuka yang disebabkan oleh perubahan kadar (harga) instrumen asas bagi jangka masa kontrak baru, suatu pelarasan pampasan akan dilakukan bagi membenarkan anda mengekalkan kedudukan terbuka tanpa memberi kesan kepada paras Ekuiti anda. Pesanan Henti dan Pesanan Had juga akan diselaraskan untuk mencerminkan kadar kontrak baru. Nilai kedudukan anda akan kekal mencerminkan kesan pergerakan pasaran berdasarkan tahap pembukaan asal anda.
Bagi maklumat lanjut mengenai bagaimana pelarasan peralihan(rollover) dikira, sila baca: "Apa itu Pelarasan Peralihan(Rollover)?"

Jika kontrak niaga hadapan tidak dikenakan peralihan (rollover), kedudukan itu akan ditutup pada tarikh luput yang ditetapkan bagi instrumen tersebut. Tarikh ini boleh dicapai melalui pautan "Butiran". Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh luput kedudukan, sila baca "Apa itu tarikh luput suatu instrumen?".

Tidak dapat menemui jawapan kepada soalan anda? Hubungi Kami!
E-mel Hubungi Kami +65 31389075

Sentiasa ingat bahawa CFDs adalah produk berleveraj dan boleh menyebabkan kerugian kepada keseluruhan modal anda. Perdagangan CFD mungkin tidak sesuai bagi sesetengah pelabur. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko-risiko yang terlibat. Iklan ini masih belum disemak oleh Penguasa Kewangan Singapura.