Adakah Plus500 mengenakan sebarang yuran perdagangan?

Pada umumnya, Plus500 mendapat pampasan bagi perkhidmatannya melalui "spread pasaran". Sebagai contoh, apabila berdagang EUR/USD, jika kadar beli ialah 1.3128 maka kadar jual adalah 1.3126 (ini bererti spread pasaran adalah 2 pip, di dalam contoh ini). Tidak seperti pembekal perkhidmatan lain yang mengenakan komisen pada setiap perdagangan, Plus500 tidak mengenakan komisen perdagangan.

Sungguhpun begitu, yuran tambahan berikutnya mungkin dikenakan:

Pendanaan Semalaman - Amaun pendanaan semalaman akan sama ada ditambah kepada atau ditolak daripada akaun anda ketika memegang kedudukan selepas suatu masa yang tertentu ("Masa Pendanaan Semalaman").
Masa pendanaan semalaman dan peratusan pendanaan semalaman harian boleh dijumpai dalam pautan “Butiran” yang bersebelahan dengan nama instrumen dalam skrin utama platform.

Yuran Tidak Aktif - Jika anda tidak log masuk ke dalam akaun perdagangan anda sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh masa tiga bulan, satu yuran sehingga USD 10 setiap bulan akan dikenakan. Bermula daripada ketika itu, yuran ini akan dikenakan sekali sebulan, selagi tiada log masuk dilakukan bagi akaun tersebut. Yuran tidak aktif adalah USD 10 (atau bersamaan, bergantung kepada matawang anda), atau akan merupakan baki sedia ada yang masih tinggal dalam akaun anda, yang kurang daripada amaun tersebut. Ini adalah untuk mengimbangi kos yang ditanggung dalam memastikan perkhidmatan ini tersedia, sungguhpun ia tidak digunakan. Walaupun begitu, sila maklum bahawa yuran ini hanya akan dikutip daripada akaun Wang Sebenar dan hanya apabila akaun tersebut mempunyai dana yang mencukupi. Demi mengelak daripada dikenakan yuran ini, sila log masuk ke dalam akaun perdagangan anda dari masa ke semasa. Ini akan dianggap mempunyai aktiviti yang mencukupi untuk mengelak daripada dikenakan yuran ini.

Pesanan Hentian Terjamin - jika anda memilih fungsi ini, sila maklum bahawa oleh kerana ia dapat menjamin kedudukan (dagangan) anda ditutup tepat pada kadar (harga) tertentu yang diminta, perdagangan ini dikenakan spread yang lebih besar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada topik FAQ “Perdagangan” → “Apa itu Pesanan Hentian Terjamin?

* Bagi maklumat lanjut mengenai yuran-yuran, sila rujuk kepada Persetujuan Pengguna

Tidak dapat menemui jawapan kepada soalan anda? Hubungi Kami!
E-mel

Sentiasa ingat bahawa CFDs adalah produk berleveraj dan boleh menyebabkan kerugian kepada keseluruhan modal anda. Perdagangan CFD mungkin tidak sesuai bagi sesetengah pelabur. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko-risiko yang terlibat. Iklan ini masih belum disemak oleh Penguasa Kewangan Singapura.